Sunday 24 April 2011

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri,

Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur, 

tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. 
Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa
dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri,

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia
boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan
sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
perasaan kecewa dan tekanan batin.

c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan
untuk bersama.

d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri.

e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik,

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.
Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami,

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri,

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan
tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan
setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri,

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan
dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi
isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org
yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik,

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan
isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi,

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing
memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik
dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah
memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

Friday 22 April 2011

GANJARAN MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara baik kepada manusia''

TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU

Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.''

Lakso Ganu Kiter


LAKSA -Yang Wat Sendiri Lagi Bez..Lau Nak Cepat Beli Kat Kedai..Pastu Balik Umah Rebus Jer..Hehe..Lau Kat Ganu..Perrrrgggg..Ori maa...Laksa..Yummmm...

BAHAN UTK KUAH 

Isi ikan selayang atau kembung yg telah di rebus (kuah ikan ambik tuk manis kan kuah nie tau)
santan kelapa 
bawang merah
halia 
asam gelugur 
lada hitam 
garam secukupnya (semua ni di blender..campur ngan kuah ikan rebus tadi..baru rasa manis ikan..Opsss..Santan jgn blend skali..asing..

ULAMAN -hiris halus2 deh..

taugeh 
kacang panjang-  
kobis 
daun kesum 
timun 

SAMBAL- ditumbuk 

Cili api 
Cili merah/hidup 
garam 

limau nipis dibelah 4 
belacan dibakar 



CARA: 

1. Jerangkan isi ikan,santan,bahan kisar dan asam gelugur sambil dikacau hingga mendidih. 
2. Masukkan  garam.Renehkan sampai pekat kemudian angkat. 
3. Hidangkan laksa dengan bahan sampingan kemudian curahkan kuah ke atasnya.


Selamat Mentry !! HeHe..

Resipi Tomyam Putih



Bahan-bahan

1.2 liter air
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai
4 batang daun limau purut
1 inci lengkuas-diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato
1/2 batang carrot
1 biji bawang besar
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api


Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. Sedia dihidangkan
.

Doa Mohon Perlindungan Daripada Kerusingan

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsinagn dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.''

Thursday 21 April 2011